Facebook Page Hilang, Sales Lima Angka Melayang!

Anda nak tahu tak satu cerita? Seorang kenalan saya bercerita kisah seorang kawan lelakinya. Katanya, kawan lelaki itu, biar saya namakan sebagai Bam Warez. Bam Warez ialah seorang peniaga online yang sangat sukses.

Pendapatannya mencecah lima angka sebulan hanya dengan berniaga secara online di facebook page. Dia sudah cukup selesa. Bam Warez fikir dia sudah cukup bijak kerana dengan platform percuma, tanpa perlu menyewa kedai, dia mampu buat sales lima angka sebulan.

Suatu hari, Bam Warez bersiap seperti biasa dan menyemak facebook page. Terperanjat Bam Warez kerana facebook page yang menyumbang sales lima angka setiap bulan tak dapat ditemui.

Terduduk, termangu dan terkesima. Bam Warez mengakui dia hilang facebook page dan hilang sumber pendapatan. Paling dikesali dia perlu memulakan apa yang telah dibuat bertahun lamanya sekali lagi. Start form zero!

Sanggup Ke Hilang Pendapatan?

Selepas baca kisah di atas, apa yang dapat anda simpulkan? Ya! Sampai bila nak menumpang platform orang? Sampai bila nak berniaga di media sosial yang boleh turun naik algorithma tu?

Sanggup ke selepas penat lelah membina empayar perniagaan sampai pendapatan lima atau enam angka sebulan di media sosial, akhirnya hilang begitu saja?

Kini masanya untuk anda beralih kepada platform yang lebih baik iaitu laman web ecommerce.

Kenapa Perlu Ada Laman Web Ecommerce?

Perniagaan online sekarang ni bukan lagi sesuatu yang asing. Malahan boleh dianggap sebagai satu kemestian. Yalah, lagi-lagi pada zaman Pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia ni kan. Semua orang lebih banyak menghadap telefon berbanding berjalan-jalan di kedai fizikal.

Kalau anda serius dengan perniagaan online, sangat tidak masuk akal sekiranya anda tiada laman web. Berniaga online tapi hanya menumpang di platform media sosial yang percuma. Banyak risikonya.

Jika anda mungkin seorang individu yang merupakan ejen dengan jumlah jualan yang semakin memberangsangkan setiap bulan, anda sesungguhnya amat memerlukan sebuah laman web ecommerce.

Apatah lagi jika anda seorang pengasas produk sama ada hanya mempunyai satu produk atau lebih daripada satu produk.

TESTIMONI

Tiada Siapa Beli Produk Saya

Apa rasanya apabila sebagai pemilik bisnes, kerap beriklan di facebook namun masih belum dapat sebarang jualan? Apa rasanya ya? Sedih? Muram? Sudah semestinya kecewa!

Ya, itulah yang dirasai oleh Tuan Kusyairi, Pengasas Jus MarQeesha iaitu produk minuman kesihatan. Produk yang bagus pun belum tentu boleh laku keras dengan jualan yang banyak jika tidak disokong dengan teknik pemasaran berkesan.

“Apabila saya melancarkan Jus MarQeesha, satu cabaran terbesar yang perlu saya hadapi adalah meningkatkan jumlah jualan dan mendapatkan pelanggan. Saya kerap mempromosikan produk saya melalui media sosial tapi kesannya tidaklah seperti yang saya harapkan,” cerita Kusyairi.

 

Kusyairi mengakui dia kecewa dengan keadaan jualan Jus MarQeesha. Dia tahu produk yang dimiliki sangat bagus untuk memberi manfaat kesihatan kepada orang ramai. Manakan tidak, dia sendiri ialah pengguna produk dan telah merasai keberkesanan produk itu dalam membantu mengurangkan masalah gastrik kronik yang dihadapinya selama ini.

“Satu hari, saya mencari solusi masalah jualan dalam bisnes. Saya terjumpa laman web truQlix. Pada awalnya, saya ada rasa sangsi. Betul ke truQlix boleh bantu selesaikan masalah saya? Namun saya cuba beri peluang dan menghubungi Pengasas truQlix iaitu Ridzwan Hamid. Kami berjumpa dan saya ceritakan masalah yang saya hadapi. Ya, beliau dapat menemui masalah utama saya dalam pemasaran,” kata Kusyairi lagi.

Tuan Kusyairi & Isteri ketika ditemuramah Harian Kosmo pada bulan Jun 2019.

Menurut Kusyairi, Ridzwan mencadangkan 7 strategi sales conversion yang penting untuk kedai eCommercenya.

  • Up-Selling at Checkout
  • Email Capture/Newsletter Signup Abandon Cart Emails
  • Viral Affiliates
  • Agent Management System
  • Exit Intent Offer
  • Facebook Pixel
  • Retargeting Ads

Kami membuat split-testing pada setiap elemen sebaik-baiknya. Kami cuba dan lihat hasilnya. Saya teruja kerana hasilnya sungguh luar biasa. Saya dapat kumpul 1,000 database pelanggan dalam masa kurang sebulan. Dari sini, apa yang saya belajar adalah berbisnes dengan cara eCommerce adalah strategi pada zaman sekarang yang dapat mengukuhkan bisnes itu sendiri,” katanya Kusyairi lagi,

Portfolio Projek

Sepanjang menceburi bidang pemasaran digital, kepakaran kami sememangnya menyediakan platform laman web yang interaktif untuk pelanggan. Kepuasan pelanggan adalah sesuatu yang kami ambil sebagai faktor penting. Pemasaran digital memudahkan pemilik perniagaan untuk melayan pelanggan sedia ada dan mendapatkan pelanggan baru. Selain itu, peningkatan jumlah jualan adalah fokus utama pemilik bisnes.

Malah sistem pemasaran digital yang kami buat adalah lebih daripada itu. Ini termasuklah sistem laporan yang diperlukan secara terperinci dan juga kemudahan untuk pengurusan pesanan pelanggan. Atas ciri-ciri ini, truQlix komited untuk menghasilkan laman web dengan ciri-ciri terbaik demi manfaat optimum perniagaan klien.

truQlix berbesar hati untuk menguar-uarkan syarikat yang pernah menjadi klien kami. Inilah portfolio kami. Mereka berpuas hati dengan laman web terkini yang truQlix telah laksanakan untuk mereka.

Gerenti Siap Dalam Masa 48 Jam

atau kami pulangkan wang anda dan anda dapat domain .com percuma!

Bagi orang bisnes, masa sangat bernilai. Setiap saat, setiap minit adalah sangat berharga. truQlix sangat memahami. Sebab itulah kami tawarkan sesuatu yang sangat bermakna untuk anda. Anda pasti akan teruja dengan berita ini.

truQlix tawarkan pakej laman web ecommerce atau kedai online yang gerenti siap dalam masa 48 jam! Wow sangat kan?

Kami akan siapkan segala keperluan kedai online anda dalam masa yang singkat kerana kami memahami keperluan bisnes anda.  Setiap minit adalah duit! 

VIP

2,980

RM

SUPREME

5,980

RM

PLATINUM

12,980

RM

Kelebihan Pakej SUPREME?

Kempen Facebook Conversion

Kempen Conversion Ads bekerjasama dengan Facebook piksel di laman web anda. Oleh itu, anda boleh meraih lebih ramai pengunjung yang cenderung membuat tindakan yang anda mahukan.

Sistem Automasi Penghantaran

Disambung terus dengan sistem logistik syarikat kurier pilihan anda. Misalnya Poslaju, J&T, DHL, Aramax, ABX Express dan sebagainya. Dengan ini, anda tidak perlu menulis alamat pengirim dan alamat penerima parcel secara manual.

Sistem Pemasaran e-Mel

Sistem ini membolehkan anda mempromosikan jenama anda sekali gus mengembangkan bisnes anda dengan e-mel yang dirangka secara profesional. Anda boleh berurusan secara personal dengan pelanggan.

Kelebihan Pakej PLATINUM?

Kempen Google Ads

Kempen Google Ads adalah salah satu strategi marketing yang terbaik untuk menarik prospek yang sangat memerlukan produk atau perkhidmatan anda. Ini bermakna anda mendapat bakal pelanggan yang berkualiti dengan hasil yang cepat.

Sistem Automasi Pemasaran

Menawarkan pelbagai fungsi seperti emel ucapan hari lahir, mengingatkan pelanggan mengenai produk yang masih ada di dalam troli belian mereka dan berkongsi kupon potongan harga dengan rakan untuk dapat ganjaran setiap pembelian menggunakan kupon yang dikongsikan.

Sistem Stokis & Ejen

Sistem ini membolehkan anda membuat pembahagian komisen tanpa had di laman web. Anda boleh menguruskan stok dan proses pesanan dengan pembayaran online. Mudah untuk anda menambah jumlah ejen pada setiap peringkat dan mereka boleh buat pesanan terus melalui laman web anda.

Mahu miliki kedai online sendiri?
Jom daftar hari ini.

Kami beri HADIAH PERCUMA bernilai RM6,060

Selain daripada jaminan wang akan dikembalikan, anda juga akan menikmati semua di bawah ini  secara percuma apabila anda mengambil mana-mana pakej laman web ecommerce bersama truQlix.

Domain Dotcom

Bernilai RM50

Sistem Viral Affiliates

Bernilai RM5,860

Web Hosting 5GB

Bernilai RM150

Apa Pentingnya Sistem Viral Affiliates Ini?

Sistem affiliate ini sebenarnya telah banyak digunakan oleh pemilik bisnes. Tujuannya adalah untuk bisnes lebih cepat berkembang dengan cara melantik ramai ejen secara affiliate. Ejen affiliate akan mempromosikan laman web, produk atau servis pemilik bisnes dan mereka menjana pendapatan melalui komisen daripada setiap jualan.

Ejen affiliate ini bolehlah dikatakan fungsinya sama seperti promoter. Individu yang berminat untuk mendapatkan duit sampingan, boleh mendaftar di laman web. Lepas daftar, individu tersebut akan dapat satu link yang dikhaskan untuknya sebagai ejen affiliate.

Tugas ejen affiliate adalah mempromosikan produk dan memberikan link khas tadi. Apabila ada pembelian dibuat menggunakan link khas itu, ejen affiliate akan dapat komisen.

Contoh link affiliate www.truqlix.com/bamwarez. Mereka yang membeli melalui link ini, Bam Warez akan dapat komisen sebagai promoter atau ejen affiliate.

Apa Kata Mereka?

"Ini adalah projek kedua saya bersama truQlix selepas kejayaan melancarkan ptreachinternational.com dulu. truQlix ialah salah satu team yang sangat memberangsangkan untuk saya bekerjasama dengannya. Mereka selalu dapat capai setiap apa yang saya inginkan. Saya mengesyorkan untuk anda bekerjasama dengan truQlix kerana mereka mempunyai kreativiti dan kepakaran. Malah turut bijak melayan klien."
Fauzan Abdullah
CEO tapplockasia.com
"truQlix sememangnya layak diberikan nama PAKAR dengan apa yang mereka buat. Sebelum saya jumpa mereka, saya tak nampak dengan jelas apa yang saya mahukan melalui laman web saya. Tapi secara peribadi, saya tahu yang saya nak dapatkan lebih ramai orang datang ke laman web saya dan saya mahu lebih banyak jualan. Selepas melalui beberapa sesi konsultasi, saya buat keputusan untuk ikut apa yang mereka sarankan dan lihat apa hasilnya. Hasil yang saya dapat memang memberangsangkan iaitu rekaan yang menepati identiti jenama saya dan meningkatkan nilai bisnes juga. Sekarang saya dapat banyak pengunjung laman web baru dan jualan juga meningkat setiap hari."
FATYN RANI
PENGASAS theglamz.com
"truQlix sememangnya pakar dalam bidang pemasaran digital. Saya sangat teruja dengan pengetahuan dan kepakaran yang mereka tunjukkan dalam sesi perkongsian dan konsultasi. Hasil daripada sesi ini, saya mampu nampak apa yang sepatutnya saya ubah untu dapat buat bisnes dengan lebih sempurna."
AUTHER JAMES
CEO trekfindertour.com
"Sejak dari mula lagi, truQlix memang cekap, berilmu dan profesional. Mereka berkeupayaan untuk merealisasikan apa yang saya mahukan mengikut kepada kehendak saya secara terperinci. Memang sangat luar biasa. Saya banyak belajar dalam sesi coaching selama sejam dan ianya berbaloi berbanding membayar servis pemasaran selama 5 tahun. Saya sangat sarankan anda juga gunakan khidmat truQlix."
SHAH RAHMAN
PENGARAH JUALAN shazresortpulautinggi.com

Mahu miliki kedai online sendiri?
Jom daftar hari ini.

Scroll to Top